Friday, April 29, 2011

alah cumel la


ya allah...comel nyerrrrrrrrrrrrrrrr!

place that i really want to go

File:Kaaba at night.jpg


entah kenapa tiba tiba aku terpanggil untuk pergi ke sana
subhanallah, rumah ALLAH yang sudah lama aku berkeinginan untuk menjejaki nya
tiada tempat lain selain nya
harapharap suatu hari nanti aku  bersama makayah akan pergi ke sana
insyallah. amin :')

can you?

tolong belikan :'(

khas buat kau si papan keping



kenapa kau suke duduk sebelah aku

kenapa bila dah duk sebalah aku, kau suka macam nak lentok2 kat meja aku

kenapa kau suke nyanyi lagu industan darling iloveyou kat aku

kenapa kau suke main tariktarik buku time aku khusyuk dengar ustazah mengajar

kenapa kau tetibe baik dengan aku sebelum ni tak!

kenapa bila aku tak datang , kau mesti aku ckp rindu mira

kenapa tetibe dengan murah hati kau belanja aku kek singgit tu

kenapa kau ckp kau ensem time kau pakai jaket n spek hitam

kenapa kau pandai sangat padahal muka kau tak pun

kenapa kau kurus kering macam papan

kenapa semua orang tak suka sama kau

sebab kau tu MENJENGKELKAN

sumpah aku tak suka apa kau buat dekat aku

aku meluat giler vavi. please larh nak kawan pun agak2 larh.

tolong hormat aku. sekian.

minah arab.



ye ye dah diam. muka aku memang bulat. sebulat ikan buntal.
tapi siapa sebelah aku tu. amboy minah arab youuuu.
kau ade? ye aku tahu kau tak ada :p

actually, tu kawan aku yang mereng.
dye ada penyakit. kesian sama dye. aku tak tahu nak ikhtiar macam mana lagi
untuk sembuhkan penyakit dye. sebab tu dye berpakaian sebegitu.
dye suke tulis suratsurat banyak. then letak dlm kotak.
aku pun tak tahu apa benda yang dye tulis.
kesian kan. macam orang apa?
semua says : macam orang gilaaaaaaaaaaaaaaaa
haha pandai pun awak awak semua.

dye tak nak orang lain lihat wajah dye
dye tak nak lelaki lain tergoda lihat wajah dye
pelik memang pelik






p/s : act dye ad penyakit angau seangau donat terhadap jejaka bernama khalil <333




Thursday, April 28, 2011

Tuesday, April 26, 2011

i dun no what i feel . huh!



saya ni complicated kan? so awk tak payah la layan sy.
sy ni teruk. tk mcm yg awk expect. I'm sorry fr everythings.
take care. salam.


heart broken

quote x]

Friday, April 22, 2011

surat buat bakal suami ku

Buatmu,

 

Bakal suamiku.


Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah kukenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diriku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang khusus buatmu sebelum tiba masanya. Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang aku jaga rapi selama ini semata-mata buatmu. Itulah hatiku dan cintaku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang.




Aku telah dididik ibu semenjak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diriku kerana Allah telah menetapkannya untuk suamiku, iaitulah dirimu suatu hari nanti. Kata ibu, tanggungjawab ibubapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari mereka. Jadi, kau telah wujud dalam diriku sejak dulu lagi. Sepanjang umurku ini.




Aku menutup pintu hatiku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangimu. Aku menghalang diriku dari mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selainmu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulanku dengan bukan mahramku. Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku menyangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dengan mereka, akan aku buat ‘expressionles face’ dan ‘cool’. Akan aku palingkan wajahku daripada lelaki yang asyik merenungku ataupun cuba menegurku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandanganku daripada ajnabi kerana pesan Sayyidatina ‘Aisyah R.A ;



“sebaik-baik wanita ialah yang tidak memandang dan dipandang”




Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di matamu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milikmu seorang. Aku tidak merasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan aku merasa terhina diperlakukan sebegitu seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati. Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seseorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat kuberikan.




Bagaimana akan aku jawab di hadapan Allah kelak andai disoal?



Adakah itu sumbanganku kepada manusia selama hidup di muka bumi?




Kalau aku tidak ingin kau memandang perempuan lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandanganku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadiku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku inginkan lelaki yang baik menjadi suamiku, aku juga perlu menjadi perempuan yang baik.





Bukankah Allah telah menjanjikan perempuan yang baik itu untuk lelaki yang baik?




Tidak dapat aku nafikan, sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun, setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diriku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untukmu. Allah telah memuliakan seorang lelaki yang bakal menjadi suamiku untuk menerima hati dan perasaanku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.





Diriku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan denganku. Aku secara keras menolak, pelbagai dalil aku dikemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ. Dia sentiasa menghubungi dan menggangguku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh hidupku yang ceria selama ini telah dirampas dariku. Aku tertanya-tanya adakah aku berada di tebing kebinasaan. Aku beristighfar memohon keampunan-Nya. Aku juga berdoa agar Dia melindungi diriku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku banyak memikirkanmu. Kau kurasa seolah-olah wujud bersamaku. Di mana sahaja aku berada, akal sedarku membuat perhitungan denganmu. Aku tahu lelaki yang melamarku itu bukan dirimu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ku yang mengatakan lelaki itu bukan kau.





Aku bukanlah seorang gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diriku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana. Tetapi aku juga punyai keinginan seperti gadis lain, dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpinku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau memiliki wajah seindah Nabi Yusuf A.S yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuatku terpikat. Andainya kaulah jodohku yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hatiku, jua hatimu kali pertama kita berpandangan. Itu janji Allah. Akan tetapi, selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu jangan kau zahirkan perasaanmu itu kepadaku kerana kau masih tidak mempunyai hak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’. Aku takut perlakuanmu itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaanku tidak banyak, cukuplah dirimu yang diinfak seluruhnya pada mencari redha Ilahi.

 



Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri ataupun sandaran perjuanganmu. Bahkan aku amat bersyukur pada Ilahi kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juangmu, menghulurkan tanganku untuk berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu. Akan aku kesat darah dari lukamu dengan tanganku sendiri. Itulah impianku. Aku pasti berendam airmata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cintamu padaku. Bukan itu yang aku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah kau akan mencintaiku kerana-Nya. Cinta itu lebih abadi dari cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.




Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibubapaku dulu. Apa guna kau menimbun harta untuk kemudahanku sekiranya harta itu membuatkan kau lupa pada tanggungjawabmu terhadap agamamu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihatmu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagiku
 
 
 
 
 
sumber: iluvislam

masyaallah. wahai kaum hawa.....

 

Azab Bagi Wanita
(tlg ingatkan kpd semua kaum perempuan yg anda kenal)

Saudara dan saudari kaum muslimin dan muslimat
Renungan
khususnya untuk para wanita dan diriku sendiri.....
Sayidina Ali ra menceritakan suatu ketika melihat
Rasulullah saw menangis manakala ia datang bersama Fatimah.

Lalu keduanya bertanya mengapa Rasulullah saw menangis. Beliau menjawab,

"Pada malam aku di-isra'- kan , aku melihat perempuan-perempuan yang sedang disiksa dengan berbagai siksaan. Itulah sebabnya mengapa aku menangis. Karena, menyaksikan mereka yang sangat berat dan mengerikan siksanya.

Putri Rasulullah saw kemudian menanyakan apa yang dilihat ayahandanya. "Aku lihat ada perempuan digantung rambutnya, otaknya mendidih.

Aku lihat perempuan digantung lidahnya, tangannya diikat ke belakang dan timah cair dituangkan ke dalam tengkoraknya.

Aku lihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat tangannya sampai ke ubun-ubunnya, diulurkan ular dan kalajengking.

Dan aku lihat perempuan yang memakan badannya sendiri, di bawahnya dinyalakan api neraka. Serta aku lihat perempuan yang bermuka hitam, memakan tali perutnya sendiri.

Aku lihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, dimasukkan ke dalam peti yang dibuat dari api neraka, otaknya keluar dari lubang hidung, badannya berbau busuk karena penyakit sopak dan kusta.

Aku lihat perempuan yang badannya seperti himar,
beribu-ribu kesengsaraan dihadapinya. Aku lihat perempuan yang
rupanya seperti anjing, sedangkan api masuk melalui mulut dan keluar dari duburnya sementara malikat memukulnya dengan pentung dari api neraka,"kata Nabi saw.

Fatimah Az-Zahra kemudian menanyakan mengapa mereka
disiksa seperti itu?

*Rasulullah menjawab, "Wahai putriku, adapun mereka yang tergantung rambutnya hingga otaknya mendidih adalah wanita yang tidak menutup rambutnya sehingga terlihat oleh laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang digantung susunya adalah istri yang 'mengotori' tempat tidurnya.

*Perempuan yang tergantung kedua kakinya ialah perempuan yang tidak taat kepada suaminya, ia keluar rumah tanpa izin suaminya, dan perempuan yang tidak mau mandi suci dari haid dan nifas.

*Perempuan yang memakan badannya sendiri ialah karena ia berhias untuk lelaki yang bukan muhrimnya dan suka mengumpat orang lain.

*Perempuan yang memotong badannya sendiri dengan gunting api neraka karena ia memperkenalkan dirinya kepada orang yang kepada orang lain bersolek dan berhias supaya kecantikannya dilihat laki-laki yang bukan muhrimnya.

*Perempuan yang diikat kedua kaki dan tangannya ke atas ubun-ubunnya diulurkan ular dan kalajengking padanya karena ia bisa shalat tapi tidak mengamalkannya dan tidak mau mandi junub.

*Perempuan yang kepalanya seperti babi dan badannya seperti himar ialah tukang umpat dan pendusta. Perempuan yang menyerupai anjing ialah perempuan yang suka memfitnah dan membenci suami."Mendengar itu, Sayidina Ali dan Fatimah Az-Zahra pun turut menangis.
Dan inilah peringatan kepada kaum perempuan.

Share info ini ke sejumlah orang yang anda kenal dan Insya Allah ridha Allah akan dianugerahkan kepada setiap orang yang anda kirim.  
 
 
 

Thursday, April 21, 2011

tersungkur. tapi awak yang tolong .

GPOY Sunday coffee drinking at home edition. (Taken with instagram)



saya cari awak mase rehat. penat taw. saya sorang sorang cari awak. tak jumpa jumpa.
sambil kaki begitu laju mencari kelibat awak, air mata saya tak henti henti berjujuran.
saya tak kuat masa tu. saya betul betul tersungkur.

saya jumpa awak dekat kelas awak. saya rasa nak peluk awak time tu. tapi saya tengok
guru bi awak dah masuk. awak tetap nak dengar cerita saya kan. saya cerita sedikit.
saya tak dapat kawal, sekali lagi air mata saya jatuh :'( 

saya tak nak awak tertinggal p&p so saya suruh awak masuk cepatcepat. esok saya cerita
panjang oke :') Atan nampak saya nangis. dye datang dekat saya. beriya iya nak saya kongsi
masalah saya dengan dye. dye ade jugak tadi bekup saya. cume ala..dye pun sama >.<
saya tipu dye ' err aku oke lah. just ad gadoh dgn Naj sikit' saya terpaksa tipu dye. saya tak
nak dye tahu. hehe tipu sunat. tak pe kan.

awak ... kenapa kawan saya dalam kelas tutt pun xbekup saya. saya teruk sangat ea.
dyeorang ketawa ketawa dan ketawa. saya tetap senyum masa tu. tapi dalam hati......
saya rase nak jerit sekuat kuat hati saya. awak...

saya tersungkur awak.. buat kali ke dua :'( :'( :'(
awak ada jea tolong bangkitkan saya      :') :') :')
saya sayang awak.............




i can't. i'm sorry




:')

Tuesday, April 19, 2011

meh bace meh


assalamualaikum :)

wah wah. kiter dah tak sedih sedih lagi lah. hebadd kan. semua tepuk tangan untuk aku.
hehe. tnkiu tnkiu. oke aku dah mengarut. HAHA tetibe kan.

hari ini pergi sekolah seperti biase. melangkah dengan penuh kebosanan. dalam hati asyik
berkata 'e e bile nak abes sekolah ni. wa dah tak tahan ni' nasib baik kesabaran tu ada.
sabo je larh. mase first tadi mathematic. Lim masuk dengan penuh senyuman. wah wah
dye ingat cute ler tu. hehe zizul yang cakap. fyka kate 'mesti dye dah baik dgn pkwe dye tu'
haha siot. memandai je kau fyka. aku dengan tak siap kerja dia. dye tanya 'anda faham tak'
aku punya confident jawab 'yes. saya faham teacher!' padahal xpun -.- hua hua hua~~

hey aku bukan nak menangkan sesapa lah kan. sedar lah diri sikit. kau dah la budak baru.
baru masuk kat kelas aku, dah nak api api kan kawan aku. then kau dah takot, kau pergi ckp
ckgu kaunseling yang kita orang tak suka kau lah. kita orang buli kau lah. e e kau ni! muka harap
je cun melecun. perangai busuk! nyampah aku. kau berambus lagi baek ar! >.<

oke tadi aku punya beriye iye nak beli number baru. sim baru lah kan. tetibe xjadi. ni semua
gara gara syazwin. huhu. duet nak beli sim baru tu telah ku korbankan beli hadiah syazwin.
anak buah kesayangan. anak along aku :) esok birthday dye. aduhai. tak pelah, nanti lain kali
lah beli sim baru. erm. sedeyh sikit . lalala~



untuk pyka azahar : aku dah belikan pashmina warna hitam untuk kau :)


p/s : awak jangan risau taw, saya cuba lupakan kan awak. sy deactive fb n nak tukar sim pun sbb awak.
        pelikan? haha. erm kbye :')

Thursday, April 14, 2011

people can change

kisah semalam.
apa berlaku. kau nak tahu.
yuk bace yuk :

sedang begitu khusyuk aku buat account.
biase lah murid terbaik account ni
haa nampak tak aku tipu.
actually aku tiru jea kerja account tu.
oke cukup! berbalik cerita tadi.
tetiba kau dtg dekat meja aku.
kau ckp 'mira...aku ad masalh. aku nak macam kau. hepi jea' kau nangis smbil tunduk.
aku pegang bahu kau. aku usap belakang kau.
aku ckp 'sabar ea. kenapa ni? jgn sedeyh2'
padahal dalam hati aku *aku lagi byk masalh dari kau :'( aku bkn smpurna mcm kau sangka.
kau ckp lagi 'aku nak kawan dgn kau' kau nanges lagi.
.......................................... :'(

*sumpah aku terkejot kau datang kat aku sebab kita bukan kawan rapat kan. erm 


Monday, April 11, 2011

really fucking sad


And really fucking sad.
So I guess I’ll sleep.
Until I have to wake up.
And fake another smile.
For another day.

Sunday, April 10, 2011

cute nak mati


oke. aku nak semua itu.
boleh bagi free tak dekat aku?

-.-

tin tepi jalan berlambak


masing masing punya ego sendiri
masing masing punya lagak sendiri
aku. sama macam diaorang. aku mengaku.
kau. mulut macam longkang busuk.
aku. tahu jaga percakapan aku. jaga hati kau.
kau ada. entah. aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal kau.

dua tahun kita bersama. dua tahun aku dah masak perangai kau.
jujur. aku menyesal kawan dengan kau. kalau boleh aku nak putarkan masa.
ala macam dalam citer doremon tu.
-_____________-

kau jangan pikir kau bagus. kau jangan pikir kau hebat.
pandang kiri kanan atas bawah.
ramai lagi jauh lebih hebat dari kau.
jangan berlagak tahu tentang semua perkara.

mungkin kau bergurau.
tapi cara kau bergurau, buat aku tak tahan dengan kau.
aku akan buktikan yang aku jauh lebih pandai dari kau.
jangan pikir kau tu bijak benau.
sekian.






never say good bye

photoholic:

hunsonisgroovy:

When CC meets Domokun 

assalamualaikum ya ahli kubur. eh eh silap pulak xD
maafkan hamba. HAHA gurau saje. jangan mara ah.
oke kenapa aku tetiba update benda ni setelah berkurun lama ak meninggalkannya.
aku rasa tak tahu nk tulis apa kat blog ni. ala maklum follower ak 42 je.
tak macam you you. hampir seribu kan. woahhhh.

sudah masuk bulan 4. trial tak lama lagi. macam mana ni :(
satu haprak aku tak baca. aku tak sentuh.
sekarang sibuk dengan kerja kursus prinsip akaun.
harapharap aku dapat jalani semua ini dengan baik sehingga penghujungnya.
amin.


joo yoo rin : semuanya akan dapat balasan baik. berusaha :D