Monday, May 23, 2011

apa semua ni

melihat semua orang begitu tunduk
melihat semua orang tidak pun toleh ke kiri mahu pun ke kanan
bersungguh sungguh

aku...
entah lah. aku kecewa dengan diri aku.
melihat ke luar tingkap, tanpa sebab
aku gagal lakukan. aku nangis dalam hati.
katalah PADAN MUKA dekat aku


aku tak salah sesiapa
aku salah kan diri aku.
yea benar aku sendiri yang salah.

aku berjanji dengan diri aku sendiri
aku tak nak perkara ini berlaku lagi macam tadi
aku cemburu tengok kawan kawan yang memang kusyuk buat addmath tadi
aku tidur....itu yang aku mampu


pijak aku sepuas puas yea.
okebye

Sunday, May 22, 2011

tersirat

kita pakai baju sama sama pergi sekolah
tak ada warna lain pun
baju warna putih, kain warna biru.

kau marah tak kalau aku kata yang...
'aku hipokrit dengan kau'
aku tahu kau marah kalau kau dapat tahu

aku minta maaf
serius aku tak suka dengan perangai kau
ya eventho kau ada jugak tolong aku
lepas SPM aku harap kita tak payah lah nak bersama lagi

aku tak nak sebut nama kau
sebab aku dah muak hari hari sebut nama kau
HAHA jahat kan -.-



padan muka kau. sape suruh kawan dengan aku.

Saturday, May 21, 2011

atas kepala

assalamualaikum kawan kawan
harap semua nya baik ya

hari ini sangat penat
sangat taw
haaa rasakan kau mira -____-
P A D A N M U K A

oke tadi aku seharian berada di KL
wedding kak nazwa :) tahniah yo
cepat cepat dapat anak taw.
HAHA bagi mak uteh cucu ramai ea
:p

then pergi masjid negara
ya allah, sumpah cantik :D
then g bird park
allahuakbar, sangat besar dan penat aku berjalan
kaki rasa nak tercabut
-_________-


dah aku nak tido lepas ni.
lusa exam addmath.
subjek kegemaran taw.
you ada? tak kannn.

cetengok pelamin tu. buat aku rasa nak kawin jugak!

makan pahlawan. masjid negara

oke aku berlakon je nak bagi makan. padahal ...






p/s : aku naek hangin dengan abg aku lagi sorang ni g tgk nur kasih dgn awek dye!

Friday, May 20, 2011

lihat bintang tu berwarna merah

assalamualaikum.
kalau tak jawab dosa. kalau jawab sayang.
*okbye tiru maria elena :p

aku rasa macam orang pandai sangat datang sekolah tadi
HAHA padahal -.-
tahu tak. satu apa pun tak belajar coz hari ni aku tak ada paper.
erm

time math Lim tak datang. pergi kawin kot. HAHA kursus larh
nad bawa camera so apa lagi semua berposing
aduhai aku tak boleh kata kata perempuan tu tadi
'mia amek gambar jea muka lain' plus sorang lagi sampuk
'a'ah muka dye lain kalau amek gambar'


okebye! apa muka aku bertukar jadi alien ea ke macam hantu kak limah.
aish sabar je larh. tapi dah beribu orang kata muka aku macam maya karin
aku oke jea. HUA HUA HUA dah diam -________________-


tengok ni. macam maya karin kan. ala malas nak bongkak
*cukup mira, ramai muntah baca.
oke bye aku nak fly g KL :)









p/s : itu gmbr iter time f3. rindu muka macam tu. kecik jea :'(

Tuesday, May 17, 2011

menyintai mu kerana NYA


Bismillahirrahmanirrahim~
1 message received..



enti...
bukan ana tidak mahu memandang wajah enti,
tapi ana berdoa agar wajah ini menghiasi hari-hari nanti
hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu melirik senyuman pada enti,
tapi,ana selalu tersenyum didalam hati
agar senyuman ini 'mahal' di hari cincin disarungkan di jari,



bukan ana tidak mahu bertanyakan khabar pada enti,
tetapi ana sering mendoakan agar suatu hari nanti,
ana tidak perlu bertanyakan dan ana sentiasa merasai.
di hari-hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu bercakap dengan enti,
tapi,ana ingin menghabiskan bicara-bicara ana,
tika mana ana dan enti bukan lagi 'ana' dan 'enti'
di hari-hari yang pasti..




bukan ana tidak mahu berchatting dengan enti,
tapi ana takut jari-jari ini tidak diizinkan lagi untuk membelai rambut enti..
di hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak mahu mesej dengan enti,
tapi bimbang Allah menarik kenikmatan ini di hari-hari yang pasti,
tika itu,mungkin Allah menarik nikmat cinta duniawi yang dinikmati waktu ini..




bukan ana tidak ingin memandang wajah enti,
tapi ana bimbang wajah ini tidak akan memberikan senyuman di setiap pagi
di hari yang pasti,,

bukan ana tidak mahu memandang senyuman enti,
tapi ana bimbang senyuman ini pudar dan layu
di hari-hari yang pasti..

enti yakinlah!
percayalah...




bukan ana tidak ingin mengatakan rindu pada enti,
tetapi rindu tika ini tidak akan membawa ana kepada rindu illahi
kerana ianya bukan hari-hari yang pasti..

bukan ana tidak ingin mengatakan ana mencintai enti..
tapi ana tahu cinta saat ini tidak juga membawa kepada cinta Ana pada illahi..
kerana ianya bukan pada hari-hari yang pasti..

kerana ia bukan di hari-hari yang pasti,
ana tidak mahu agar hati ana dan enti mati.
lalu mematikan hubungan ana atau enti dengan ILLAHI..



enti,
intailah sebentar hari-hari yang pasti..
tika itu,andai ana jatuh,enti menghulurkan tangan untuk memberi ana harapan..
tika ana kesedihan, enti bersedia untuk tersenyum disisi dan menggembirakan..
tika ana keseorangan, entilah teman..
tika ana kelalaian,entilah yang mengingatkan..tika itu..ana dan enti..
bukanlah 'ana dan enti' lagi.
kerana,,

ia adalah hari-hari yang pasti..
berdoalah untuk hari-hari yang pasti,
hari-hari yang pasti bagi mereka yang menyandarkan harapan pada jalan kebenaran..
dan itulah jalan yang telah islam berikan...






p/s : copy paste dari seorang hamba allah


moga kita dipertemukan nanti,dihari-hari yang pasti,seperti yang ALLAHU RABBI telah janji..
bagi mereka yang mana hati-hatinya tidak mati dihari-hari yang tidak pasti..

pasti...! yakinlah.. Allah sangat-sangat penyayang!! moga kita semua

dibukakan pintu hati..

untuk anta2 dan enti2 sekalian...

"ya Allah,andai aku rindu,biarlah rinduku bersulam taqwa.Andai aku sayang,biarlah sayangku kerana dakwah!
aminnnnn"~ *hanya Allah yang tahu*


"jadikanlah dirimu mawar yang menyeri & menguntum di jalan dakwah & biarkanlah mawar itu terpaksa melukai tangan-tangan untuk merasai harumnya
kasih Allah"

dia tetap wujud dalam hati awak

semalam genap setahun pemergian dia
awak bagi text dekat saya
baru saya tahu.

saya tahu awak kuad terima semua ni
awak jangan tersungkur lagi yea
saya tak suka
:')

walaupun awk selalu cerita benda yang sama pasal dia dekat saya
saya tetap dengar. sebab saya tahu betapa besar nya sayang awak pada dia

awak belajar betul betul yea
awak kan nak jadi doktor
macam dia.
kat sana dia mesti gembira bila awak berjaya nanti
percayalah :)

saya tetap sayang awak
walau apa pun
dia dah tak ada, tapi saya kan ada.
saya harap awak jangan lah nak pendam2 kalau ada apaapa nak diceritakan yea.

iter cayang awak cangat cangat aww. iter tahu awak pun cayang iter gak kan ;D


God never closes a door without opening a window. He always gives us something better when He takes something away.

Sunday, May 15, 2011

happy teacher's day.

dari tak tahu apa apa
kini sudah tahu

dari tak pandai mana pun
sekarang sudah terlebih lebih pandai

ini semua kerja keras oleh semua guru

subjek :
bahasa melayu-Puan Saliza
~selalu kutuk cikgu ni sebab dye asyik suruh salin jea.
   tapi saya selalu dapat A kan cikgu? :') terima kasih!

bahasa inggeris-Puan Rohani
~huhu suke kelas dye.dapat speaking london taw.
  every second she laugh. HAHA walaupun tak kelakar dye tetap gelak -.-

agama islam-Puan Rohaini
~sangat tegas. tapi baik dan jiwa nya sangat lembut.
  tak sah kalau tak bagi latihan -.-

matematik-Cik Lim
~'anda faham takk!' 'apa masalah anda?' 'haaaaa bagosss'
   itulah ayat yang selalu dia cakap setiap masuk kelas. haha.
   atan said 'seksi kak limah kat depan tu' *means t.lim.

sains-Puan Normah
~sangat penyayang. guru yg berdedikasi. pantang waktu terluang,
  pasti dye mengajar :)

sejarah-Puan Paridah
~sangat sporting. always buzy. tegas. jarang masuk kelas.
  HAHA suara dye lantang giler. takot aku -___-

akaun-Puan Faridah
~aku tak faham apa dye ajar. aku maen maen kelas dye.
   errr harapharap lulus subjek ni -.- erm

addmath-Puan Syuhada
~jujur dye terlampau baik. tak pernah marah.
  kerana dye, kadangkadang aku tersuka subjek ni. HAHA

ekonomi asas-Puan Zuraidah
~guru kelas kami paling terbaik dari ladang!
  suka cara dye ajar, cool jea.


SELAMAT HARI GURU
SEMUA CIKGU DI MALAYSIA MEMANG TERBAIK

especially
guruguru di tadika kemas. kota tinggi
guruguru di tadika kemas, tampoi
guruguru di  sk kerubong
guruguru di  smk malim
<33333

Saturday, May 14, 2011

hangout dengan bruno mars saya

hari ini saya pergi date dengan bruno mars saya
haha gembira tak terkata

awak semua jangan jeles taw
tapi saya harap awk jeles jugak
HAHA ape lah aku ni -.-

pergi beli belah
lepak lepak
karok memang terbaik
:D

lepas sikit tension
yang tak boleh blah, first time aku hangout balik awal
bhaha.
padahal dah tak tahu nak buat apa kat DP tu
^-^


ini saja yang sempat amek
maaf gmbr nya kualiti kurang baek
tak bawa slr. malas.


yea muka aku macam si bulat si buntal
muka burno mars aku kecik jea
jeles >.<



aku beli ni dah habis RM200
macam apa?
yea macam siot.
ini barang nye
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I
I


orang pakai rantai macam ni.
eh aku pun nak. HAHA





okebye!

it was killing me

sudah seminggu berlalu
mid year exam kali ini memang teruk
dengan demam lagi
macam mana result nanti
-_________-


lagi dua minggu habis
wahh memang tak sabar rasanya
account-bahasa melayu-bahasa inggeris-agama-matematik- sejarah
sudah selamat :)
alhamdulillah



aku lipat tudung begini
adakah ianya salah.
assalamualaikum

Saturday, May 7, 2011

love is love

aku tidak punya buah hati seperti anda semua. tetapi aku punya hati untuk mempunyai.
aku tahu itu semua tidak akan berlaku.

pakwe-boyfriend-kekasih-buah hati.
untunglah kau, ada orang sayang~
HAHA aku tak ada pun -_____-

tak apa. aku tak malu pun sebab tidak punya kekasih ni.
bersyukur adalah.

yelah walaupun ....
kita remaja kan, perasaan nak ada ehem2 tu memuncak.
rilekss sudah uke~

ini baca lah kalau sudi. khas buat si dia :

Jika saya tidak mahu 'awak' memandang perempuan lain, saya terlebih dahulu yang
perlu menundukkan pandangan saya. Jika saya inginkan lelaki yang baik, saya juga
perlu menjadi perempuan baik. Bukankah Allah telah menjanjikan, perempuan yang
baik itu untuk lelaki yang baik? 'Awak' tak perlu memiliki wajah seindah Nabi Yusuf
yang mampu menderbakan jutaan gadis, untuk membuatkan saya terpikat. Andai nya
'awak' adalah jodoh saya yang tertulis di Luh Mahfuz, Allah pasti akan mencampakkan
rasa kasih dalam hati saya, juga dalam hati awak apabila kali pertama kita berpandangan...


'awak' saya belum temui siapa 'awak' sebenarnya
insyallah suatu hari, kita pasti bertemu....
jangan malu-malu plak dengan saya ea nanti.
hehe <333


maka ya ALLAH, kau kuatkan lah cinta dan rindu ku hanya pada MU
amin...

Friday, May 6, 2011

mother's day. wish awal awal, apasalahnya.

selamat hari ibu.
yea aku tahu. aku ucap awal kan.
suka hati larh.
HAHA

saya sayang mak saya sangat sangat
mak terima kasih banyak atas segala pengorbanan mu

tanpa mak saya di dunia
siapalah saya
tidak mungkin saya dapat bernafas seperti kini
mengenal erti kasih sayang
mengenal erti kehidupan
terima kasih Puan Zaharah

LOVE YOU MOM :')

selamat hari ibu <333



*terima kasih kepada kawan baik saya anes sebab sudi teman saya
belikan hadiah buat mak yang tercinta !
muaxch muaxch buat kau anes :*

Thursday, May 5, 2011

KLCC dengan sawah padi . berbeza!

aku berjalan pulang. dengan gegas nya kaki ku melangkah. sambil air mata sudah
berkelopak. aku sedaya upaya menahan. tetapi gagal. akhirnya air mata itu berjujuran
juga. ketika itu aku tidak dapat menahan lagi.

aku teringat apa yang berlaku ...

ketika itu masa rehat. semua turun ke bawah. aku macam biasa, destinasi aku pergi
ke perpustakaan. ala maklum nak simpan duit sbb tu malas nak pergi kantin.

aku keseorangan masa itu. tengah aku berjalan, tibatiba aku terdengar orang panggil nama
aku. aku terkejut jugak time tu. yelah tak pernah orang panggil nama aku sekuat itu.

minah : woii pempuannnnnnn!!!

aku berpaling. ouh kenal wajah itu.

aku : yeah . *aku senyum kepadanya :)

minah : kau tak payah nak senyumsenyum dekat aku. apa kau ingat kau lawa sangat!

aku : errrr.....okeyh..ada apa ya kau cari aku?

minah: weyh pompuan kau dengar sini baek baek ea..kau tak payah tergedik gedik dengan dye. kau tak
        payah nak suka dye. kau tak payah nak terhegeh hegeh dekat dia.
        sedar diri sikit. rupa pun tak ada! macam langit dengan bumi weyh!!!! HAHA

aku : hermm dye? sape ea? aku tak faham.......

minah: ala weyh! kau jangan buat buat tak kenal. dah la aku malas nak cakap dengan pompuan tak tahu
        malu macam kau. tolong la weyh. rumah xd cermin kea.kesian kau. jangan perasan bagus! chaw!

aku terkaku. bagaikan disampuk. aku terdiam. aku rasa dunia ni berpusing pusing.
di situ jugak aku tersungkur. pelajar lain hanya mampu memandang aku. tanpa sesiapa
yang sudi menolong aku masa itu.

setelah beberapa minit.....

aku gagahkan diri untuk bangun. aku malu. sumpah malu......
terus pergi ke toilet. aku menangis.........
:'(
:'(
:'(

*aku terjaga. ahhh aku harus kuadd. aku boleh lalui ini semua. bus sudah menuggu.
aku trus menaiki bus tersebut. alhamdulillah ad punya tempat kosong lagi....
aku terlelap...........



aku cuba untuk sedarkan diri aku
terima kasih :')

Wednesday, May 4, 2011

nenek muleh ! ooleyhh!

exam. exam. oh my gewodd.
>.<

setiap hari. setiap saat. setiap detik.
bebelan daripada guru guru tercinta pasti ada
lebih power lagi bebelan daripada mak terhebat
aduhai membuat aku gelisah
-_________-


minggu depan dah mula
oke bye! first exam adalahhhhh : account !
OMJAYYY !
aku bagaikan orang gila bila memikirkan nya
herm!

takot. cuak. gementar. menangis. meraung. gembira. tenang. kelam kabut.
oke macam macam ada *mcm astro plak
tak apa meera,
aku pasti kau boleh. cayok2 ^-^
buktikan kau lah nenek terhebat di dunia
HAHA tetiba -.-


'semuanya pasti baik'


oteyh oteyh nenek doakan ucu ucu cemua apat awab ekjem nanti yew.
muaxch muaxch :*

tak perlu berlagak tahu semua perkara

boleh tak jangan berlagak depan aku
kau kau dan kau selalu cakap megah megah dengan aku
perlu ke?


kalau dah memang betol tu, tak payah lah nak beriya iya cerita
telinga aku ni dah nak bernanah dengar cerita kau kau dan kau
serius aku cakap, aku meluat tahap karma dengar

please larh jangan nak menghina
please larh jangan nak mengutuk
please larh jangan nak berkata yang kau kau dan kau tahu tentang semua perkara


kita manusia beb,
tak sempurna pun
diri sendiri pun tak sebagus mana



muhasabah diri kita bersama -_____-



dia panggil aku miako <333

Tuesday, May 3, 2011

for u my sis

dulu kau dan aku selalu kongsi cerita mahupun pengalaman bersama.

kini tiada lagi tu semua
aku dapat rasakan.
kau juga

aku takut aku kena cacian dan makian lagi
sebab itu aku jarang hubungi kau
maafkan aku
aku maseh sayang kan kau seperti dulu

tapi biar lah masa yang menentukan sejauh mana hubungan kita ini.


hari lahir mu tetap ku ingat



selamat hari lahir nurfarahain

Monday, May 2, 2011

i know what i feel now

malam yang sejuk. hujan renyai renyai tidak henti henti. ntah merajuk agaknyea.

seperti aku yang sedang merajuk. tak hingin dipujuk.
dan aku tahu tak ada pun hendak memujuk.

oke bye. aku membawa diri malam ini.




anak pak cik muslim sudah hilang arah.


i will smile when i...

aku akan senyum apabila :

* bangun pagi :)

* bas pak cik mansur datang awal dan aku dapat tempat duduk :)

* mak masak ayam rendang :)

* cikgu tak masuk kelas :)

* balik sekolah, bas pak cik mansur sudah siap sedia menunggu aku :)

* rumah bersih dan rapi :)

* orang senyum dekat aku :)

* dyeorang cakap pasal pelanta :)

* cikgu lim masuk kelas tanpa marah marah :)

* homework tak ade :)

* aktiviti koku dibatalkan :)

* balik sekolah awal :)

* dapat selesaikan soalan addmath :)

* dapat meseg dari dye. tetttt act xd pun :)




senyum satu sedekah
dapat pahala taw
;D
assalammualaikum

new

perubahan demi perubahan. tengok blog aku. cun plus comel plus anggun kan.
bukan aku yang buat. nak tahu sape buat. kawan aku dari sekolah rendah buat.
nama nye : khalilah anum 

dia buat ikhlas. tidak macam orang tu, buat macam nak tak nak.

oleh sebab blog ini sekarang makin cun aku tengok.
aku akan lebih rajin mengupdate kan nyea.






terima kasih daun keladi
nanti buatkan lagi yea <333
HAHA

hidup baru

kau ada rasa apa yang aku rasa. kau tak pernah kan. yea sebab kau tak pernah peduli.
segala benda yang berlaku, akan aku jadikan pengajaran bagi aku.

air mata keluar sebesar laut pun tiada guna nya lagi.
teringat kau pada setiapa hari dan saat pun tiada guna nya lagi.

kau berambus.
aku jugak berambus.

kau gembira di sana.
aku ....



esok aku mulakan hidup baru. sepatutnya dari dulu.
assalamualaikum.

Sunday, May 1, 2011


buat lah aku macam ni
aku tabik kau
thx babe

kepada kau yang berlagak bagus

wei aku tak mati tak ada kau. wei aku tak hamak dengan kau.
sekian